Hari yang sangat menyedihkan…bukan kerana kematian…tetapi kerana sakit hati yang sangat menyiat2…memedihkan…membuatkan aku terasa amat sedih…aku sedar yang teramat sangat bahawa aku sememangnya bukan kawan dan teman terbaik untuk korang…aku jahat…buruk perangai…mulut pun jahat…tapi…tak de langsung ke kebaikan aku di mata korang??? Tahniah dan bersyukurlah pada korang yang mendapat kesenangan yang berganda2 yang melimpah2…sesungguhnya DIA memberi ujian yang pelbagai kepada hamba2Nya…aku sedar dan teramat sedar yang aku ni orang susah…kolot…kuno…dan ntah apa2 lagi…malu ke korang ada kawan macam aku??? Kalau aku ada menyusahkan korang…hendaklah maafkan saja aku ni…sesungguhnya aku hamba yang tak berdaya…bagi kawan2 yang pernah tolong aku…terima kasih banyak2…jasa korang aku ingat sampai bila2…bagi yang pernah tumpangkan aku naik kereta korang…terima kasih sangat2 sebab sudi tumpangkan orang kotor ni naik kereta korang yang mahal2 tu…
Terima kasih gak pada yang dah menyakitkan hati aku…sesakit sakitnya…sesungguhnya aku sangat sedih mengenali orang seperti ini…saat berkawan aku amat hargai…dan amat menyayang korang…tapi sesungguhnya aku tak sangka…dalam korang berkawan…korang tikam dari belakang…pergunakanlah aku sebaik2nya sesungguhnya aku ni seorang yang sangat bersederhana dan sangat mudah membantu..tapi sesungguhnya aku tak sangka…semua tu hanya sampah je pada korang…dan aku sesungguhnya menyesal yang amat sangat bila memikirkan yang aku pernah membuang tenaga pada korang yang langsung tak pernah menghargai itu semua…bukan balasan yang aku inginkan…tapi cukup dengan korang menghargai usaha aku untuk membuat korang gembira untuk sesuatu…kalau kerana harta benda yang korang ada…aku tak sangat tak amek pusing dan amek peduli…aku tahu aku tak mampu ada kenderaan macam korang…aku sedar mana letaknya diri aku ni pada korang…mungkin saja bawah tayar kereta korang tu…hinanya aku rasa…tapi sesungguhnya…aku tak pernah terhegeh2 nak menumpang…aku naik sebab memikirkan korang adalah kawan yang sememangnya baik hati…tapi tak sangka…aku rupanya hanya menjadi orang yang tak sedar diri…tapi…ingin sekali aku katakan…aku tak heran tu semua…kalau swift aku tak heran..pe tah lagi kembara…bukan aku nak menghina…tapi janganlah nak dok belagak sangat..orang lain pun bawak kete gak…tapi sangat merendah diri…orang lain pun bawak kenderaan gak yang mahal2…tapi biasa2 je…terima kasih pada mereka yang berkenaan…pada korang yang berkenaan…terima kasih menumpangkan orang kotor ni…terima kasih kerana PERNAH MENJADI “KAWAN” TERBAIK aku…nasib baik ini semester terakhir kita…aku bersyukur…dan aku berharap…tak kan lagi aku jumpa kawan2 seperti ini di masa akan datang…
Pada kawan2 yang membuatkan aku gembira…terima kasih banyak2 dengan kenangan terakhir di sini…gelak tawa kisah suka duka…aku kenang sampai bila2…pada kawan2 yang akan menimang cahayamata…kak mimi, akma dan emma…selamat menjadi ibu yang terbaik…jaga diri korang…aku doakan yang terbaik…semoga dapat baby yang comel2 macam mak dan ayahnye…hehe…bagi yang nak berumahtangga…jangan lupa jemput aku…tak de halangan aku datang nnti…pada teman terbaik aku…selamat menulis karya2 terbaik…sesungguhnya aku menyokong setiap hasil karya kau…buat yang terbaik…novel baru kuar nnti gitau…aku nak wat koleksi…hehe…yat…rindu sawah padi…hehe…ros putih…terima kasih sokongan blog…hehe…kawan2 PBMP kat malinja…aku akan rindu makan tengah hari dengan korang kat bilik tv…
P/S: maaf kalau aku terlalu berterus terang utk entri kali ni…semoga entri kali ni boleh bagi aku kuat semangat dalam mengenali hati budi kawan…